Wednesday, May 11, 2011

Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto

Pada 10hb May 2011, Stacy telah menghadiri sidang media Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto di The Milk, Bangsar. Khas untuk semua peminat Wall’s Cornetto, pihak Wall’s Cornetto telah memilih beberapa artis popular tanahair untuk membuat persembahan di konsert tersebut. Antara artis yang akan terlibat adalah Stacy, Akim, Shahir, Tomok, Black, Awi Rafael, Tilu, dan Sofaz. Konsert Lafazkannya dengan Stail Cornetto akan diadakan di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Konsert pertama akan diadakan di AEON Jusco Setiawangsa pada Sabtu, 11hb Jun, dari jam 3.00 petang. Manakala konsert kedua pula adalah pada Sabtu, 18hb Jun, di Plaza Angsana, Johor Bahru. Masuk adalah percuma untuk semua peminat setia Wall’s Cornetto! Jom Stacyfrenz kita memeriahkan lagi suasana di konsert tersebut dengan memberi sokongan kepada STACY!



pics credit 2 Budiey

2 comments:

hazirah said...

wah!! corneto besar.....
sebulan blom tentu habis nih....hahahaha

Unknown said...

Mari kita makan cornetto.. yeahaa!!