Thursday, October 21, 2010

Mesyuarat Tergempar StacyFrenz

Satu mesyuarat diadakan baru-baru ini oleh StacyAngieFrenz Kuala Lumpur untuk melantik ahli jawatan kuasa baru bagi menggantikan ahli-ahli yang sudah tidak aktif mahupun meletak jawatan atas sebab-sebab tertentu. Mesyuarat ini juga diadakan bagi melantik presiden baru setelah Presiden terdahulu kelab ini, Encik Kos Serani meletak jawatan baru-baru ini. Senarai penuh teraju utama kelab ini akan disiarkan tak lama lagi.

Apa yang penting buat masa ini adalah sokongan padu dari segenap penjuru bagi meastikan kelab ini sentiasa suksess dan bernafas seperti biasa bak kata Stacy dalam mesyuarat ini 'SaFC adalah perkara terpenting dalam kemajuan kerjayanya' Untuk itu, sokongan padu dari semua pihak amatlah diperlukan. Baru atau lama tidak penting. Yang penting apa yang dilakukan untuk Stacy.


No comments: