Tuesday, October 26, 2010

StacyFrenz Berwajah Baru


Umum mengetahui yang mana StacyFrenz telah bertukar pucuk pimpinan baru-baru ini. Tanpa perlu ada rasa prejudis marilah sama-sama kita menyokong kelab ini seperti mana kita menyokongnya sebelum ini, malah harapannya berkekalan untuk masa akan datang. Di bawah, kami jawab beberapa soalan yang mana akan menjelaskan tentang penjenamaan semula atau 'rebrand' StacyFrenz

Mengapa perlu bertukar pucuk pimpinan?
Tidaka ada yang akan kekal sela-lamanya. Malahan para AJK kelab ini silih berganti saban tahun. Pengunduran Presiden sebelum ini (En. Kos) adalah permintaannya sendiri malah beliau telah menjelaskan tentang sebab-musababnya. Diharapkan isu ini tidak perlu lagi disensasikan.

Apa reaksi Stacy tentang perkara ini?
Stacy dan Puan Agness memeberi harapan yang tinggi kepada pucuk pimpinan baru untuk meneruskan perjuangan kelab ini. Malah dalam mesyuarat baru-baru ini Stacy telah menyuarakan hasratnya untuk terlibat 100% di masa akan datang untuk sebarang permasalahan mahupun perbincangan di dalam kelab.

Apa matlamat utama pucuk pimpinan baru?
Buat masa ini, tidak lain dan tidak bukan untuk meneruskan perjuangan ahli lama yang bertungkus-lumus membangunkan kelab ini. Beberapa keputusan berkaitan kelab telah dibincangkan dan akan diberitahu kepada umum masa ke semasa. Kami juga mengharapkan teguran dan pandangan dari semua pihak untuk melicinkan lagi perjalanan kelab ini.

Mengapa perlu ada blog baru?
Blog direka baru kerana blog lama sudah tidak dapat diakses oleh mana-mana pihak melainkan aksess  'penulis' oleh salah seorang AJK. Tidak pasti dimana silapnya, malah orang terdahulu juga gagal mengakses blog tersebut. Maka keputusan telah dibuat dan blog baru telah dibina untuk StacyFrenz.

Sekitar mesyuarat pemilihan pucuk pimpinan baru yang diketuai oleh Stacy sendiri baru-baru ini


Presiden : Halida (halidahalle)
Naib Presiden : Nor Afidah Khadri (fyda)
Setiausaha : Azni Nurain (anntemah)
Naib Setiausaha : Zainor Jasmin Zakaria (jezzysunshine)
Bendahari : Norliza Yahya (flyingliza)
Pembantu Bendahari : Azwa Zainal Abidin (wawakechik)
Pengurus Acara : Suliana Sulaimi (faramielia)
Penolong Pengurus Acara : Nur Amiera Sulaimi (miafaramielia)
Web, Blog & Penerangan : Aizul Azlan (aizulazril)
Pembantu Web, Blog & Penerangan : Mohd Hazri (haori89)
Sukan & Rekreasi : Hanif Hisham (hanifhisham)
Pembantu Sukan & Rekreasi : Shafiq Shaari (capik)



Jika ditanya tentang pemilihan Halida Hilmi sebagai presiden yang baru, kami yakin setiap orang ada kelebihan masing-masing. Nama Halida dicalonkan oleh emak Stacy sendiri memandangkan hubungan yang erat antara beliau dan Stacy. Maka tidak wajar rasanya penilaian dibuat begitu awal. Apa yang pasti, barisan baru StacyFrenz akan menjanjikan yang terbaik untuk anda semua.

9 comments:

mimie said...

tahniah...harap SAF bertambah maju terus kehadapan...kami akan sentiasa menyokong dari belakang...go baby go!

Anonymous said...

Di harap sfc akan terus berkekalan.. i wish u all the best. SFC terbaik..

Husna SitiAngie said...

Good job, tahniah dgn pemilihan pucuk pimpinan baru, SAF...:) ahli SAF yg lain semua akan terus menyokong karier Stacy ;)GO BABY GO :D

getahsekerap said...

wah sudah ada pucuk pimpinan baru.. sapa pun jua Ajk.. moga terus berjaya ya.. go go SFC dan Stacy

Anonymous said...

tkut sye tngk

adn said...

hoping more updates to come... all the best stacyfrenz ^^

Chaqcha Chan said...

Wah! tahniah untuk presiden yang baru(Halida Hilmi) , saya harap SAF terus maju ke hadapan.. and i wish all the for SAF yang terus menjadi tempat penghibur kita semua. I LOVE SAF!! GO SAF GO!! =^.^=

riobrado said...

comelnya gmbr stacy kat atas 2...

SAF...wish u all da best...!!!

Anonymous said...

diharap ajk baru ni akan terus sm memeriahkan suasana bersama seluruh peminat dimalaysia..truskan berhibur bersama stacy