Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

STAY-C

Nantikan album terbaru Stacy iaitu STAY-C. Album ini mengandungi 8 buah lagu iaitu Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kisah Dongeng, Kapsul, Gempur, dan Pelangi Senja. Antara komposer yg terlibat adalah Edry Abdul Halim, Taja, Edry Hashim, Audi Mok, Kuncidemak, dan Omar K.



Sunday, June 5, 2011

Kisah Dongeng

Gambar-gambar sekitar pembikinan VC Kisah Dongeng...

more pics here

Tuesday, April 19, 2011

Stacy @ Annual Gathering for Oncology Patients

Pada hari Sabtu 16hb April 2011, Stacy telah dijemput untuk menghadiri Gathering for Oncology Patients di Universiti Malaya Medical Center. Acara bermula jam 11pagi  dan tamat kira-kira jam 3 petang. Pelbagai acara telah disediakan diantaranya adalah Pertandingan Karaoke. Stacy telah meluangkan masa untuk melihat kanak-kanak tersebut membuat persembahan. Salah satu daripada mereka telah menyampaikan lagu Stacy sendiri iaitu Jahat.

Sunday, March 20, 2011

Stacy @ Suriafm Showdown

Pada 19hb March (Sabtu) lepas, Stacy telah dijemput untuk membuat persembahan di KL Sentral sempena dengan Suriafm Showdown Final - Band Kampus Terbaik 2011! Pertandingan ini adalah anjuran stesen radio Suria FM. Sementara menunggu keputusan diumukan, Stacy telah menyampai 2 buah lagunya iaitu Pakai Buang dan Jahat.

more pics here

Thanks to ALL yang telah datang untuk memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada STACY!

Monday, January 24, 2011

Stacy Rakam Lagu Baru

Gelagat Stacy ketika merakamkan lagu terbarunya. Lagu ini adalah ciptaan Komposer bernama Rudy @ Kunci Demak. Pasti anda tertanya-tanya lagu apa kan? Mari kita nantikan kemunculannya.



Pics credit 2 AF Talent

Monday, January 3, 2011

Bowling IwanFC

Pada hari Ahad 2hb Januari 2011, SFC telah menghantar 1 team bowling sempena perlawanan bowling anjuran IwanFC. Team SFC diwakili oleh Emma, Sarah, Jimmy dan Hali. Terima Kasih kepada semua yg hadir utk memberi sokongan. Walaupun Team SFC tidak menang, tetapi masing-masing telah menunjukkan semangat kesukanan yg baik sekali.



 pics credit 2 Hanif Hisham

Monday, December 13, 2010

Juara Antara Juara Muzik10

Stacy telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Pakai Buang dan Jahat.
Terima kasih pada semua yang hadir. Memang korang semua meletoppppp!!!
Gambar selanjutnya click sini

Tuesday, October 26, 2010

StacyFrenz Berwajah Baru


Umum mengetahui yang mana StacyFrenz telah bertukar pucuk pimpinan baru-baru ini. Tanpa perlu ada rasa prejudis marilah sama-sama kita menyokong kelab ini seperti mana kita menyokongnya sebelum ini, malah harapannya berkekalan untuk masa akan datang. Di bawah, kami jawab beberapa soalan yang mana akan menjelaskan tentang penjenamaan semula atau 'rebrand' StacyFrenz

Mengapa perlu bertukar pucuk pimpinan?
Tidaka ada yang akan kekal sela-lamanya. Malahan para AJK kelab ini silih berganti saban tahun. Pengunduran Presiden sebelum ini (En. Kos) adalah permintaannya sendiri malah beliau telah menjelaskan tentang sebab-musababnya. Diharapkan isu ini tidak perlu lagi disensasikan.

Apa reaksi Stacy tentang perkara ini?
Stacy dan Puan Agness memeberi harapan yang tinggi kepada pucuk pimpinan baru untuk meneruskan perjuangan kelab ini. Malah dalam mesyuarat baru-baru ini Stacy telah menyuarakan hasratnya untuk terlibat 100% di masa akan datang untuk sebarang permasalahan mahupun perbincangan di dalam kelab.

Apa matlamat utama pucuk pimpinan baru?
Buat masa ini, tidak lain dan tidak bukan untuk meneruskan perjuangan ahli lama yang bertungkus-lumus membangunkan kelab ini. Beberapa keputusan berkaitan kelab telah dibincangkan dan akan diberitahu kepada umum masa ke semasa. Kami juga mengharapkan teguran dan pandangan dari semua pihak untuk melicinkan lagi perjalanan kelab ini.

Mengapa perlu ada blog baru?
Blog direka baru kerana blog lama sudah tidak dapat diakses oleh mana-mana pihak melainkan aksess  'penulis' oleh salah seorang AJK. Tidak pasti dimana silapnya, malah orang terdahulu juga gagal mengakses blog tersebut. Maka keputusan telah dibuat dan blog baru telah dibina untuk StacyFrenz.

Sekitar mesyuarat pemilihan pucuk pimpinan baru yang diketuai oleh Stacy sendiri baru-baru ini