Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa Bersama Stacyfrenz & Kejutan Hari Jadi Stacy

Venue: Bora Ombak, Ampang
Tarikh: 17 Ogos 2011
Masa: 6.30pm - 9pm 
Seperti yang telah di war-warkan, semalam telah berlangsung majlis berbuka puasa yang bertemakan tradisional bersama stacyfrenz dan juga kejutan yang dirancang sempena ulang tahun kelahiran Stacy yang ke 21. Tepat jam 7.15pm, kedatangan stacy disambut oleh kira-kira 50 orang telah datang memeriahkan majlis ini walaupun diadakan pada hari bekerja. Setelah selesai berbuka puasa, hadirin yang datang diberi kesempatan beramah mesra bersama Stacy dan pada jam 8.30, sambil diiringi live band, kejutan hari lahir Stacy dilaksanakan. Terima kasih untuk semua yang hadir.

 Misi utama di sebalik majlis berbuka puasa.. Kejutan sempena hari lahir Stacy!



HAPPY 21ST BIRTHDAY STACY!
Semoga terus berjaya dan stacyfrenz akan terus menyokong anda.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini & semoga berjumpa kembali di majlis akan datang.

JANGAN LUPA DAPATKAN ALBUM TERBARU STACY YANG ORIGINAL

1 comment:

Ashraf Alam said...

Sadis tak dapat join..Jamuan Raya nanti kena ada k?huu